Antologi

Chapter ONE……

Percintaan kami bermula semasa zaman persekolahan. Pada masa itu, ramai beranggapan cinta kami adalah cinta monyet. Mungkin pada pihak yang satu, ia adalah cinta monyet. Walaubagaimanapun, bagi seorang gadis remaja yang pemikirannya sama seperti seorang wanita dewasa, saya beranggapan cinta monyet itu hanya membuang masa. Saya sangat serius dalam setiap perhubungan cinta saya. Saya melihat perhubungan cinta itu perlu berakhir dengan perkahwinan. Saya berharap setiap teman lelaki juga menganggap hubungan kami sangat serius.

 

Masa berlalu, hubungan kami masih menjadi rahsia pada ibu bapa saya walaupun mereka seperti terhidu adanya hubungan cinta antara saya dan si dia. Setelah menamatkan persekolahan tingkatan 5, saya mempunyai beberapa bulan sebelum keputusan SPM di umumkan. Dalam tempoh masa itu, hubungan kami menjadi semakin serius. Apabila ibu tahu bahawa saya serius dalam hubungan saya, dia terang – terangan mencegah hubungan kami. Pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap teman lelaki saya. Ada beberapa orang kampung yang cuba menghasut ibu saya dengan memfitnah teman lelaki saya.

Setelah saya berkeras untuk meneruskan hubungan, ayah saya memberi kata dua “putus atau ┬ánikah”. Membuat keputusan itu amat berat buat saya seorang diri. Ini adalah keputusan dua pihak. Saya perlu bincang hal ini ┬ádengan teman lelaki saya. Saya tidak mahu saya bertepuk sebelah tangan atau syok sendiri dalam mencari arah tujuan hubungan kami.

Saya bertemu dengan teman lelaki saya dan minta dia membuat keputusan, dia tergumam dan berfikir panjang. Saya mulai risau, saya sudah menjangkakan yang dia tidak mahu ┬áhubungan kami melangkah ke alam perkahwinan………

Suasana sepi seketika…..

Advertisements